SEJARAH
SEKOLAH KEBANGSAAN GANGGA, BERUAS
Sekolah Rendah Kebangsaan Gangga, Beruas yang ada pada hari ini telah diasaskan pada awal tahun 1954 yang diberi nama Government English Class Beruas. Kemudian bertukar kepada SRJK (I) Beruas dan akhirnya pada 20 Mei 1975 berkuat kuasa namanya menjadi SRK Gangga, Beruas seperti yang disebut pada hari ini kerana mengambil sempena nama kerajaan yang tertua di Perak di zaman dahulu iaitu Gangga Negara Beruas.
Percambahan pemikiran penduduk setempat
telah berkembang akan perlunya ada sebuah sekolah Inggeris patut ada di Beruas
ini memandangkan kedudukan Beruas ini jauh dari bandar besar yang telah ada
sekolah Inggeris dan juga penduduknya yang berbilang kaum. Tambahan pula
pengaruh penggunaan Bahasa Inggeris amat kuat pada masa itu.
Pada awal tahun 1954 sebuah badan dari
majlis mukim beruas yang diberi nama masa itu “Beruas Mukim Council” telah ditubuhkan sebagai pengasas sekolah
ini yang terdiri daripada:-
1. Mackintosh JP - Pengerusi
2. Woo chiew fook
3. Chiew Biow Chuong
4. Han Kow Oon
5. Chiang Yoong Yat
6. Tan Thiong Ban
7. V.N Kathigamer
8. Abd. Manap B. Mad Saladin
9. Ahmad Pakri B. Ibrahim
10. Lee Yoke Khoon
Mereka diatas adalah sebagai asas tenaga
penggerak serta mendapat kerjasama dan sokongan dari semua bangsa penduduk yang
ada di Beruas. Badan ini berjaya mengumpul wang sebanyak RM 7000.00 dan
diserahkan ke Jabatan Pelajaran Perak untuk perbelanjaan mendirikan sebuah
bangunan sekolah Inggeris yang telah dirancang. Dapatlah satu bangunan papan
dua bilik darjah didirikan. Tapaknya berhampiran Sekolah Kebangsaan Beruas pada hari ini ( bangunan ini masih ada
lagi tetapi telah diserahkan kepada Sekolah Kebangsaan Beruas ).
Pada tahun ( 1954 ) itu juga bermulalah Satu
Kelas Sekolah Inggeris ( Government English Class Beruas ). Gurunya En. Abd
Kadir B. Abd Latif TEVS. Kelas ini serta muridnya bertambah dari tahun ke
tahun. Pada tahun 1956 En. Abd Kadir telah bertukar dan digantikan oleh
En. Thangarajah.
Tahun 1957 tiga kelas lagi telah
ditambah termasuk kelas S.M.C. Pada tahun itu juga
En. Thangarajah bertukar dan digantikan pula oleh En. Goon Cheng Ong.
Pada 26 April 1957 pihak kerajaan telah
mendirikan sebuah bangunan baru tujuh bilik darjah dan empat buah rumah guru di
atas kawasan tanah yang ada pada hari ini dan murid-murid mulalah belajar di
bangunan yang baru. Jumlah murid telah bertambah dari tahun ke tahun. Oleh itu
pihak kerajaan telah menambah lagi dua bilik darjah.
Pada 2 Julai 1960 sekolah ini telah
dirasmikan oleh OBJ Dinding YB. Raja Shahriman Ibni Raja Abd Hamid SPMP.PJK.JP
Orang Kaya-kaya Mahakurnia Indra Di Raja. Pada tahun 1961 di bangunan sekolah
ini juga telah diadakan kelas menengah. Sebelum tahun itu belum ada sekolah
menengah di Beruas. En. Francis Hoo Soi telah dilantik menjadi Guru Besar.
Kelas menengah ini telah meningkat dan muridnya bertambah dari tahun ke tahun
hingga ke peringkat LCE.
Pada tahun 1964 Guru Besarnya En.
Francis Hoo Soi telah bertukar dan digantikan pula oleh En. Chung Shing Yee.
Disekolah ini juga telah dibuka Kelas Tingkatan 4 aliran Inggeris, menyebabkan
sekolah ini telah menjadi lebih terkenal di Beruas. Pada tahun 1965 dibuka pula
Kelas Tingkatan 5. Di sekolah ini telah dapat melahirkan murid-murid yang
berkelulusan Senior Cambridge dan juga SPM sehingga 1968.
Pada bulan Ogos 1969 sampailah saat
berpisah diantara sekolah rendah dan sekolah menengah. Semua penuntut menengah
dan guru-gurunya berpindah ke bangunan baru. Sekolah menengah telah siap dibina
dan diberi nama Sekolah Menengah Raja
Shahriman, Beruas. En. Lim Pooh Toi dilantik menjadi Pengetua Sekolah Menengah
Raja Shahriman dan en. Ong Boon Kooi
dilantik menjadi guru besar sekolah rendah iaitu SRJK (I) Beruas sehingga
Disember 1979. Beliau telah menjalankan tugasnya dengan bijak di mana sekolah
ini telah menjadi terkenal di Daerah Dinding ( Manjung hari ini ) dibidang
pelajaran dan sukan.
Ahli Lembaga pengurus sekolah pada masa itu adalah :-
1. B.P Morgan - Pengerusi
2. Kandiah
3. V.N. Karthigamer PJK.JP
4. Lee Yoke Khoon
5. Khairuddin B. Pandak Othman
6. Mohaidin B. Abd Razak
Dalam tahun 1964, sekolah ini telah
dapat menerbitkan sebuah majalah sekolah yang diberi nama “ GANGGA”. Perkembangan murid bertambah dari masa
ke semasa. Pada tahun 1954 seramai 44 orang murid dan pada tahun 1971 telah
meningkat kepada 455 org murid. Mengikut keadaan zaman dan masa yang sentiasa
berubah-ubah begitulah juga nama sekolah ini telah bertukar dari asalnya Government Class Kepada SRJK (I) dan
akhirnya pada 20 Mei 1979 bermulalah kuatkuasa namanya bertukar kepada SRK Gangga, Beruas. Yang bertukar hanya
namanya sahaja tetapi dari segi peralatan dan bangunan masih menggunakan yang
lama.
SENARAI NAMA GURU BESAR / LIST OF HEADTEACHERS
1. |
Abdul Kadir B. Abdul Latif |
1954-1956 |
2. |
Thangarajah |
1956-1957 |
3. |
Goon Chong Ong |
1957-1961 |
4. |
Francis Hoo Soi |
1961-1964 |
5. |
Chung Shing Yee |
1964-1969 |
6. |
Ong Boon Koi |
1969-31/12/79 |
7. |
Mohd Rafidi |
1/1/84-31/8/84 |
8. |
Mohammad B. Sidi |
|
9. |
Shahabudin B. Hj. Mohd Naim |
|
10. |
Meor Adam B. Ahmad Bakri |
|
11. |
Baharuddin B. Montel PPT |
|
12. |
Raden Sutrisno B. Raden Surradi |
|
13. |
Mohd Zaini Makhtar B. Che Kasim |
16/12/97- 15/9/2010 |